Kelas Online Shopee Individu

5 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 November 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas online shopee diatas permintaan peserta. Peserta didedahkan dengan pengenalan asas kepada perniagaan digital Shopee dan akaun personal untuk melihat kemaskini produk yang terdapat di platform Shopee. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada jam 10:00 pagi.

Di samping itu juga, peserta juga didedahkan dengan tips menggunakan website Shopee sekiranya ingin memberi maklumbalas kepada pihak Shopee untuk menambahbaik perkhidmatan. Tambahan lagi, peserta turut diajarkan dengan cara-cara memuatnaik gambar-gambar produk ke website Shopee. Kelas tamat pada jam 12:00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali